Tiga lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan dan perbuatan khianat terhadap beberapa buah kereta yang diparkir di tepi Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, ibu negara.<br /><br />Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor, insiden tersebut tular menerusi rakaman video aplikasi media sosial sejak Isnin lalu.
